February 2018 - ~Its All About Nature n Passion~

Tuesday, 20 February 2018

Struggle Demi Insan Tersayang

00:00 0
Struggle Demi Insan Tersayang
Agent Shaklee Manjung Aktif


Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk melihat insan² tersayang. Syukur pada-Mu Ya Rabb.

Kita ni bila bergelar mak, memang takde lain la hanya nak pastikan kehidupan anak² selesa dan terjaminkan? Sama la macam Saya.

Tu yang struggle macamana pun bila ingat anak² memang kena kuat. Semua aspek kena kuat termasuklah dalam usaha memajukan bisnes Shaklee saya ni.

Beruntung Saya kenal Shaklee sebabnya ia satunya bisnes yg boleh diwarisi. Sekarang ni pun anak² dah terdedah dengan kegiatan Shaklee mama dorang. InshaAllah dorang faham usaha mama mengembangkan bisnes ni.

Apapun misi membantu mereka yg perlukan pendapatan tambahan dan mereka yg nak tingkatkan taraf kesihatan adalah menjadi misi utama saya.

Bila saya takde nanti, InshaAllah anak² dapat teruskan usaha mama ni yer.

Nilai wang takkan sama dengan nilai kasih sayang Tapi wang adalah pilihan utk cipta kebahagiaan.☺


#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng

Monday, 19 February 2018

Kalau Hati Dah Sayang...

11:45 0
Kalau Hati Dah Sayang...
Kalau hati dah sayang lautan api sanggup ku renangi...

Hah, macam tu la kekdahnya sayang Saya dengan bisnes Saya ni. Lumrah manusia kadang semangatnya cepat naik kadang cepat turun.

Serius, se'struggle' mana pun saya nak bangunkan bisnes ni. Keyword yg selalu tersemat dihati saya ialah JANGAN PERNAH PUTUS ASA!!

Tak dinafikan banyak je cabaran nak majukan bisnes ni, cabaran utama dah tentulah diri sendiri. Kalau dulu masa awal² join Shaklee memang tak reti pun guna IG ke Blog ni. Tapi Saya gigih belajar. Nak jugak rasa apa yg upline2 dan sideline² dapatkan.

Jadinya saya redah je nak buat benda tu semua. Bila orang dah start call n mesej tanya 'Cik ni jual shaklee ke' ..aduh hati ni dah start bunga².

Nak bina bisnes ni memang takde pun yg manis². Memang banyak je yg perit. Ye la, kadang tu kena reject la. Tapi selalu ingat Allah nak bagi yg lebih baik. Jadi tenang sikit hati.

No Pain No Gain!

Apapun kepuasan sangat pada Saya bila dapat bantu orang solve masalah kesihatan dorang. Tu sudah cukup buat penat lelah Saya terbayar.

Seriously once u dah sayang apa je yg u kena lalu u mesti hadap punya. Tak kisahlah cepat atau lambat asal JANGAN PERNAH PUTUS ASA. InshaAllah boleh pergi jauh dalam bisnes ni.

So korang kalau yg minat nak buat duit dengan #tekniksakadapatsales korang wajib hubungi Saya Ok!

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng
#miraculousTEAM
#shakleemanjung

Progress Dalam Business

00:00 0
Progress Dalam Business
Hidup mesti ade tujuan. Kalau takde tujuan ibaratnya makan nasi tak masuk ke mulut la.

Sama la macam bisnes, kena ada target untuk tahu progress bisnes kita. Saya target sebelum habis circle ni saya dah berjaya rank up Sr Supervisor. Doakan ye😊

Banyak lagi saya nak kejar dalam bisnes Shaklee ni. Longterm target mestilah nak archieve rank Master. Nak sangat rasa income yg 4,5 figure consistently.

Dan tahun 2018 ni juga Saya target untuk amalkan gaya hidup sihat. Sebab tahun ni target untuk sihat, cantik & bahagia 😍

InshaAllah sekarang ni tengah aimed target untuk beli treadmill dgn bonus Shaklee.☺

So, untuk uolls kawan² saya. Whatever u do, please put your target seiring dengan usaha. Pesanan untuk diri saya juga. Kalau tak, memang tak kemana la target kita tu kan.

Wish me luck guys n i wish uolls too😘

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng

Sunday, 18 February 2018

Hobi Saya!

00:00 0
Hobi Saya!
Pengedar shaklee Manjung

Hari ni masih cuti, semalam Kakak sempat la jalan-jalan gi mall, then singgah kedai buku. Dapatlah beli sebuah buku.

Bukan ape, Kakak dah set dalam diri ni 1 bulan mesti ada 1 atau 2 buku baru dan mesti habiskan baca.

Bila dah menginjak usia ni rasanya membaca buku adalah hobi yang paling sesuai la dengan kakak. Nak buat aktiviti lain pun takde sangat melainkan dengan anak² jer.

Lagi satu hobi kakak adalah suka tengok AFC atau sebarang rancangan masak. Tu macam terapi jugak la buat kakak. Kalau datang time jiwa kacau ke ape, kakak suka la nak try buat kek tu la kek ni la..Keinginan parasit dalam badan ni pun yer jugakπŸ˜…. 

Opss gambar kat bawah ni yang sebelah kanan tu kakak tengah baca, buku tu pinjam kat library jer. Yang sebelah kiri tu baru beli semalam. Buku omputih uolls..takpe la kakak tengah challenge diri ni baca buku BI . Best content dia.

So korang apa hobi korang ye? Meh la share ngan kakak.😊

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng
#shakleemanjung
#MiraculousTeam

Saturday, 17 February 2018

Lifestyle Impian Dalam Masa 10 Tahun Akan Datang

00:00 0
Lifestyle Impian Dalam Masa 10 Tahun Akan Datang
Pengedar Shaklee Manjung
Gambar Ihsan Google
Harini hari recharge Kakak. Time ni la masa Kakak nak bersantai-santai nak berangan yang indah², masa ni lah. Pernah tak korang fikir apa lifestyle yang korang nak dalam masa 5,10 ke 20 tahun in future nanti.

Bagi diri kakak la kan, dalam masa 5 tahun ni kakak dah berjaya settle debt yang kecik² dulu. Hutang kereta dah settle. Lepas tu kakak dah boleh penuhi keinginan anak². Bisnes kakak pun makin maju.

Kakak dah ade masa lebih untuk diri sendiri. Time ni dah start travel overseas. Who knows kan? InshaAllah²..boleh punya.

Kakak suka lifestyle yg simple² je, sederhana macam tu. Kakak nak sangat jadi antara salah sorang penyumbang zakat. Tu sebab nak sangat hidup bebas dari hutang piutang ni.

Tak nak serabut fikir hal² remeh. Mungkin 10 tahun akan datang umur masih panjang, diizinkan Allah kakak dijemput ke rumah Allah. InshaAllah masa tu badan pun sihat dan sesuai la dengan umur.

Kesihatan tubuh badan yang baik pun salah satu lifestyle idaman kakak. Boleh tengok anak cucu  membesar time tu.

Haih la masa, moga dipermudahkan Allah capai keinginan Kakak ni. Aamiin.

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng

Friday, 16 February 2018

Recharge Time With The Kids

00:00 0
Recharge Time With The Kids
Assalamualaikum. Selamat pagi.

Resepi Kuetiau Goreng Sedap

Hari minggu biasanya ramai yg bersantai² ngan family kan? Kakak tak dapek lar. Kakak kerja. Weekend Kakak isnin selasa.😁So susah sikitlah nak recharge time ni di hari minggu.

Tapi pagi tadi sebelum gi kerja sempatlah sediakan sarapan untuk anak². Kesian jugak dorang cuti kita kerja kan. 

Jadinya kalau cuaca ok sebelah petang Kakak bawak anak² pergi taman permainan bagi dorang happy² habiskan masa kat situ. Dah puas main baru balik. Kiranya tu recharge utk kakak jugak la.

Hari dorang sekolah Kakak cuti. Time tu la kakak akan pegi kedai buku sambil tu tawaf la aeon tu dari bawah ke atas sorang². Kiranya 2 in 1 la. Exercise sambil recharge gitu.πŸ˜…

Ok korang, Jemput makan kuetiau goreng ☺

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng

Thursday, 15 February 2018

Sales Nyawa Bisnes

00:00 0
Sales Nyawa Bisnes
Sales! Sales! Sales! 

Buat bisnes mesti la nak sales kan? Mana ade orang buat bisnes taknak sales.

Macam kakak biasa sales ni datang dari kawan², sedara, jiran n biasa kawan kepada kawan. Ni kalau yang offline la.

Kalau yang online sales datang dari sharing Kakak di Instagram, Blog dan yang terkini Vlog. Lately ada je orang yg akan call tanya pasal vitamin. Kalau dulu tengok number selain dari contact memang tak angkat sebab takut scammer. Sekarang ni Alhamdulillah, yang call tu nak tanya pasal Shaklee.

Agen Shaklee Manjung Aktif
Facebook ni Kakak lebih promote fanpage ke group² iklan la. Ada jugak dapat customer dari situ. 

Macam baru² ni Kakak ada dapat customer dari Google My Bussines. Bagus jugak cara ni. Dipendekkan semua pun bagus. Asalkan tuan yang buat bisnes ni rajin berkongsi dengan orang ramai.

Kalau nak bisnes tapi diam² takmo orang tahu, alamatnya memang takde sales la kan.πŸ˜…

Korang yang tercari² nak tambah side income tu, meh la join group Kakak #MiraculousTeam . Nanti Kakak ajarkan teknik² halimunan nak?

Nanti korang contact je kakak yer☺

Wana Winner,
Founder Miraculous Team.
http://wanawinner.wasap.my

#tsunamishaklee
#tsunami2018

#hi5geng

Wednesday, 14 February 2018

Vision Board

00:00 0
Vision Board
Agen Shaklee Manjung Aktif


Vision board!

Masa belajar dulu tahu pasal storyboard je sebab subjek multimedia kan nak kena ada story line dia.

Sekali join Shaklee kemudian dimasukkan dalam group baru la tahu pasal VB ni. Masa tu tengok kawan² share VB dorang. Mak aii kagum nya la. Kakak pun belajar la buat VB sendiri.

Kata mentor Kakak VB ni penting sangat untuk kita visualize apa yg kita nak, yg kita impikan. Biarpun sekadar cari gambar tepek² atas kertas tapi dia punya kesan tu lain macam tau.

Jangan tak tahu ramai je berjaya jejak tempat yang dorang plan nak pergi tu tercapai. Sebenarnya VB ni salah satu cara minda separa sedar fikir.

Bila ada VB kita tampal dan kita tengok hari² kemudian anak² tengok secara tak langsung dapat mendoakan impian kita tu.

Yang kat bawah ni salah satu VB travel Kakak. VB yg ni lebih kepada nak realisasikan impian anak² Kakak la.

Pada korang yg tengok VB travel kakak ni, TOLONG yer doakan VISION BOARD TRAVEL Kakak ni terlaksana. Thank you in advance tau yg doakan.😘

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng

Tuesday, 13 February 2018

Ujian dan Dugaan Adalah Cubitan Sayang daripada Allah SWT

00:00 0
Ujian dan Dugaan Adalah Cubitan Sayang daripada Allah SWT
Kehidupan kita sebagai hamba takkan pernah sunyi tanpa ujian dan dugaan. Sungguh, ujian tu adalah cubitan sayang daripada Allah SWT. 

Ya, Allah SWT lebih menyayangi Mak. Masa ni penghujung tahun 2015. Mak telah pergi tinggal Kami anak- beranak. Menjengah tahun 2016 anak sulong dah melangkah masuk tahun 1.

Sejujurnya, kalau nak diharapkan gaji Saya yang banyak potongan ni memang terkial² jugak nak survive. Arwah mak banyak sangat membantu. 

Masa ni Saya memang betul² kena kerja kuat demi ank² dan kelangsungan hidup. Bila anak dah mula sekolah, ni la masanya kena berubah total.

 Bayangkan otak saya tak pernah berhenti fikir pasal duit. Fikir duit bukan sebab mata duitan tapi disebabkan kami kena teruskan kehidupan.

Nak survive mesti kena ade duit. Minyak kereta, makan, belanja sekolah n jajan anak². Semua guna duit.  Sepenuhnya perbelanjaan kami anak beranak memang bergantung pada gaji kerja hakiki dan bisnes Shaklee. 

Setiap ujian tu mesti ada jalan keluarnya. Alhamdulillah, pelan² Allah bantu kami. Sampaikan anak sulong cakap " Mama ni peliklah, cakap takde duit tapi ni ada pulak".  Saya ni antara orang yang teraniaya. Jadi setiap apa yg jadi Saya akan cerita je dengan anak. Tak kisahlah dia faham ke tak. Tapi Saya yakin dia akan faham.

Bila Saya ada duit lebih mesti belanja dorang. Tak kira la kalau time tu Saya ada sikit duit ke, Saya belanja la cara sikit. Sebab Saya tahu rezeki yg Saya dapat tu, sebenarnya rezeki yg Allah bagi kat anak² Saya. Saya cuma menumpang je. 

Agen Shaklee Manjung Aktif
Syukur Allah lorongkan hati ni nak makan vitamin Shaklee. Tak sangka Saya dapat jana income dengannya.  InshaAllah demi anak² tercinta Saya mesti fight sampai berjaya.

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng

Monday, 12 February 2018

CABAR DIRI DRIVE KE MELAKA BERSAMA ANAK-ANAK

00:10 0
CABAR DIRI DRIVE KE MELAKA BERSAMA ANAK-ANAK

Pengedar Shaklee Manjung
Sampai juga ke Melaka

Bulan disember yg lepas, kakak berjaya mencabar diri sendiri bersama anak² untuk join garthering siblings dan anak² buah ke Melaka.

Kiranya ni pertama kali dalam hidup gamble ngan anak² je drive jauh ni. Ikutkan tak nak pergi sebab rasa tak confident nak drive ngan anak² je. Kakak dari Perak nak pergi ke Kl rumah kakak lepas tu baru la kami ke Melaka. 


Tapi bila mikirkan kesian anak² tak pergi mana cuti sekolah plus rindu dengan adik beradik ni. Ku gagahi jua. Tolak tepi la perasaan takut ke ape. Kalau nak tahu kakak ni bukan pandai pun nak guna maps ke waze.

 Tapi time tu terpaksa jadi pandai.πŸ˜‚ tapi biasa lah teknologi ni kadang tak canggih mana pun, sudahnya tengok signboard jugak. Kalau gps nya asyik hilang jer ape kesudahnya kan? Nak tak nak memang kena survive sendiri.

Apa yang kakak belajar masa kita travel ni, bila kat tempat orang kita memang kena berani dan redah jer sampai la ke destinasi yg dituju tu. Ni syukur la dalam Malaysia lagi, naik kenderaan sendiri kan. Macamana la orang yg travel ke oversea sana tu, lagi la macam² dorang tempuhkan.

Kakak salute sangat pada mereka yg suka travel jauh2 ni, pemikiran dorang sangat luas tau. Contoh bff kakak sendiri la. Cara fikir dia dan cara dia solve satu² hal tu sangat matang. Betullah bagai kata pepatah 'Jauh perjalanan luas pengetahuan'.

Tu yang sekarang ni kakak pun membuak-buak je perasaan ni nak travel nak tengok gaya hidup dan budaya orang lain.

Masa kat Melaka tu, tak putus kakak dapat call dari prospek vlog tau. Tu yg baru ni kakak dapat register downline baru dari Seremban. Masa ni malam sebelum kakak nak balik perak. Tak sangka sangat rezeki anak², kakak ditemukan dengan makcik berusia 68tahun join ahli tau.

Ya Allah, ni rupanya hikmah bila kita bermusafir. Betullah doa orang musafir ni Allah makbulkan.

Jadi, bila kita terasa stuck ke ape. Try la bermusafir, kalau tak mampu nak pergi jauh² at least keluar dari tempat kita tinggal then pergi la yg perjalanan nya ambik masa 2 jam. Lebih 90marhalah.

Waima kalau dari Lekir ni pergi ke Ipoh pun udah rasa suasananya lain kome weyπŸ˜…

Baru tahu kat Melaka tak guna plastik kome. Beli barang kat giant depa suruh angkut barang buh dalam kotak.πŸ˜…

InshaAllah akan ada destinasi seterusnya Mama & Khyranaeem😘.

*psst : teman tak sempat pun nak ambik gambo sbb drive kan. Tu je yg sempat masa lampu merah kt t.light. teman ambik ler gambo 1 buat bukti teman dah berjaya sampai Melaka drive sendiri.😁

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng

Sunday, 11 February 2018

Kakak Library Jual Shaklee daa..

00:00 0
Kakak Library Jual Shaklee daa..
Pengedar Sah Shaklee Manjung Aktif

Dulu jadi ahli shaklee sebab nak beli harga murah dan lebihnya untuk kesihatan sendiri la.

Tapi tak sangka la pulak, boleh berjinak2 menjual vitamin. Sebenarnya bila Kakak dah start makan dan dapat manfaat kakak pun berkongsilah kebaikan dengan kawan² terdekat.

Start dari tu, bila kakak bukak mulut je konfem² dah depa ni dok sebut ' hah shaklee dah tu takde lain' ☺. Nak buat macamana kan? Dah tu yg Kakak suka dan kakak rasa.


Sampaikan adik beradik, sedara mara pun cakap gitu. Tapi takde la pulak nak sentap. Sebabnya kadang² yang keluar dari mulut dorang tu boleh dijadikan doa tau. Ye lar, ada tu dok sebut 'tokey shaklee' la.. kena time tu pintu langit terbuka, Allah perkenankan. Sape tahu kan?😊

Di kalangan customer rasanya Kakak glamer dengan set sendi la. Sebabnya selalu yg call dan yg jumpa kakak mesti tanya pasal masalah sendi² ni. Tu maknanya, Kakak dah berjaya  sebarkan kebaikan vitamin berkaitan sendi ye dak?

Apepun, Kakak harapkan sesiapa je yg kenal kakak biarlah ingatan mereka tu pada kebaikan yg kakak hulurkan pada mereka. Salah satunya Shaklee ni la. Kakak BANGGA GILER kalau orang panggil Kakak ni "Wana Shaklee" tau.

Opss..orang² kampung kenal kakak sebagai 'Kakak Library' tau.. so, kita cantumkan je jadi

"Kakak library Jual Shaklee".😊

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng
#ShakleeManjung

Saturday, 10 February 2018

INSPIRASI BUAT ORGANISASI SAYA!

00:00 0
INSPIRASI BUAT ORGANISASI SAYA!
Agen Shaklee Aktif Di Manjung

Alhamdulillah. Dah melangkah ke tahun 2018.

Moga tahun 2018 ni Saya lebih fokus dalam kehidupan saya. Disamping itu dapat memberi lebih inspirasi buat organisasi saya dan masyarakat am nya.

Terutamanya dalam setiap perkongsian saya di vlog seterusnya di blog, InshaAllah.

Dan sebagai leader saya perlu mengekalkan momentum supaya anak² Miraculous sentiasa teruja untuk terus kuat melangkah mencipta kejayaan dan impian mereka bersama Shaklee.

Permulaan 2018 juga sangat indah bila saya sendiri layak untuk mengikuti Bussines Conference Leader, Alhamdulillah.

#tsunamishaklee #tsunamishaklee2018 #hi5geng