Lifestyle Impian Dalam Masa 10 Tahun Akan Datang - ~Its All About Nature n Passion~

Saturday, 17 February 2018

Lifestyle Impian Dalam Masa 10 Tahun Akan Datang

Pengedar Shaklee Manjung
Gambar Ihsan Google
Harini hari recharge Kakak. Time ni la masa Kakak nak bersantai-santai nak berangan yang indah², masa ni lah. Pernah tak korang fikir apa lifestyle yang korang nak dalam masa 5,10 ke 20 tahun in future nanti.

Bagi diri kakak la kan, dalam masa 5 tahun ni kakak dah berjaya settle debt yang kecik² dulu. Hutang kereta dah settle. Lepas tu kakak dah boleh penuhi keinginan anak². Bisnes kakak pun makin maju.

Kakak dah ade masa lebih untuk diri sendiri. Time ni dah start travel overseas. Who knows kan? InshaAllah²..boleh punya.

Kakak suka lifestyle yg simple² je, sederhana macam tu. Kakak nak sangat jadi antara salah sorang penyumbang zakat. Tu sebab nak sangat hidup bebas dari hutang piutang ni.

Tak nak serabut fikir hal² remeh. Mungkin 10 tahun akan datang umur masih panjang, diizinkan Allah kakak dijemput ke rumah Allah. InshaAllah masa tu badan pun sihat dan sesuai la dengan umur.

Kesihatan tubuh badan yang baik pun salah satu lifestyle idaman kakak. Boleh tengok anak cucu  membesar time tu.

Haih la masa, moga dipermudahkan Allah capai keinginan Kakak ni. Aamiin.

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#hi5geng

No comments:

Post a Comment