September 2018 - ~Its All About Nature n Passion~

Sunday, 23 September 2018

Testimoni Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat

23:43 0
Testimoni Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat
Testimoni cara hilangkan ulser mulut dengan cepat


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee.

Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.

Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.

Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.

Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.
.

Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.

Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.
.

Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.
.

Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.
.

Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu.                   Kadang-kadang terfikir  juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.
.

Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.
.

Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.

Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.

Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.


Testimoni ulser mulut cepat hilang

***

Kisah diatas merupakan testimoni Puan Wan Norasiah yang mengalami ulser mulut. Jika anda yang membaca kisah ini mengalami masalah yang sama seperti Puan Wan Norasiah, anda boleh hubungi Saya untuk dapatkan Set Ulser Shaklee.

Contact,
Wana Mohd Tahir
0109749611

Saturday, 22 September 2018

"Jika Saya lemah bagaimana nak jaga mereka..." | Wanita ini akhirnya bangkit mengubah diri demi anak-anak

23:39 0
"Jika Saya lemah bagaimana nak jaga mereka..." | Wanita ini akhirnya bangkit mengubah diri demi anak-anak
Kisah Puan RIZATULRISHAH MOHD SHAHARUDDIN yang berjaya mengubah penampilan dan kesihatan kulit beliau sekaligus beliau perolehi keyakinan diri.

tips turunkan berat badan
Sumber Google : Kembali Keyakinan Diri

Alhamdulillah. Itulah ayat pertama yang dapat diungkap apabila bertanyakan bagaimana kehidupan saya dengan Shaklee. Syukur dengan nikmatNYa kerana asbab dengan bertemankan Shaklee saya dapat menikmati kesan yang baik dan sangat mempengaruhi kehidupan kini.

Saya Rizatulrishah bt. Mohd Shaharuddin seorang isteri berumur 44 tahun merupakan seorang ibu kepada 3 anak perempuan comel yang berbagai peringkat usia dari umur 13thn, 3thn dan 1thn 7 bulan. Kehadiran permata hati ini memerlukan saya memiliki kecergasan dari segi mental dan fizikal yang sihat untuk menjadi ibu atau ummi yang hebat untuk mereka serta mengimbangi kehidupan seharian mereka yang sentiasa cergas serta masih menyusukan anak ketiga.
.
Jika saya lemah, cepat letih, tidak bertenaga bagaimana saya perlu menjaga mereka di samping kerjaya hakiki saya yang juga memerlukan komitmen yang tinggi. Dari situlah saya belajar tentang produk Shaklee yang dapat membantu saya dalam mendapatkan keperluan nutrient serta menjadikan penampilan saya yang lebih sihat selepas saya dikurniakan lagi dua orang anak kecil yang comel dan bijak.
.
Anak sulung juga sangat menyokong kerana melihat Ummi yang nampak dah macam makcik makcik bawang....hahahaha....serabai, mula gemuk dan kusam. “Ok...Ummi have to do something.”....AND now...” I made it girls”
.
YOUTH Skincare...yes!!!! Memang fall in love lah kata orang. Saya memang mencari-cari produk yang selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia yang berbahaya. Saya sangat berhati-hati dalam memilih produk skincare kerana kulit saya jenis yang sensitive dan dalam masa yang sama masih menyusu.
.
Pernah di zaman remaja masa belajar saya terjebak dengan produk yang akhirnya membuatkan kulit saya asyik naik jerawat dan berminyak. Nyesal tau masa tu. Dengan YOUTH Skincare kulit kusam, jerawat saya dapat dipulihkan. Parut jerawat pon dan pulih. Jeragat yang dah mula melambai-lambai nak menghiasi kulit pun dah tiada.
.
Bila dan masuk usia 44 tahun dah tentu garis-garis penuaan atau wrinkle dah mula wujud kan....Alhamdulillah dengan Youth keadaan ini dapat diatasi. Saya dapat lihat perbezaan dengan ketara. Memang tidak salah saya memilih YOUTH tambahan saya pula jenis spesies yang tidak suka bermekap tebal untuk menutup cela. Kini dah 1 bulan lebih saya menggunakan YOUTH. Jika ada yang tercari-cari set skincare bagi saya YOUTH lah jawapannya.
.
Well...apa yang boleh saya katakan keperluan vitamin atau supplement  itu perlu untuk menampung kekurangan nutrient yang kita dapat dari makanan. Dapatkan panduan yang betul dan Shaklee adalah pilihan saya.
.
Alhamdulillah saya dah berjaya turunkan berat 3.5kg, kulit yang lebih sihat, kulit wajah yang berseri, tidak lagi kusam, kasar dan naik jerawat lagi, minda cergas dan bertenaga.
.
Saya juga belajar gaya hidup yang lebih sihat serta berpengetahuan tentang kesihatan. Terima kasih Allah atas segala-galanya. Terima kasih Shaklee kerana jadi ‘teman nutrient’ saya.
LOVE by RIZZ💖
cara turunkan berat badan

Bila ada desakan dari insan tersayang mesti kita nak 'all out' kan..tak salah pun untuk dapatkan kesihatan optimum dan sekaligus dapat bonus kulit cantik lagi.

Korang kalau ada masalah macam Puan ni, korang pun boleh ikhtiar dengan Shaklee tau. Korang contact Wana yer.


Wana,
010-9749611
Agen Shaklee

Friday, 21 September 2018

Kesan Positif Urutan Prenatal, Ibu Hamil Kena Tahu!

22:38 0
Kesan Positif Urutan Prenatal, Ibu Hamil Kena Tahu!
kesan urutan prenatal


Urutan Prenatal? Eh, bukan lepas bersalin ke baru boleh mengurut? Hah...mesti anda tertanya-tanyakan, kenapa lah masa hamil pulak kena urut ni.

Apa itu urutan Prenatal?


Urutan prenatal ni ialah sejenis terapi untuk ibu hamil. Urutan yang menakjubkan ini sebenarnya mempunyai banyak kesan positif buat ibu hamil. 

8 Kesan Positif  jika lakukan urutan prenatal.


  1.  Ia dapat melegakan kesakitan pada tubuh.
  2.  Selain itu, ia dapat mengurangkan bengkak di kaki.
  3.  Dapat membantu menghilangkan kesan sampingan metabolisme yang menyebabkan kesakitan.
  4.  Ia juga dapat meningkatkan kualiti tidur sekali gus membantu membuatkan badan merasa lebih sihat.
  5.  Bukan tu saja, ia juga dapat meredakan sakit dibahagian kepala.
  6.  Urutan prenatal juga membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam tisu dan otot.
  7.  Kebiasaannya ibu hamil terdedah dengan masalah tekanan dan stress. Jadi untuk kurangkan simptom depresi dan anxiety, elok sangat amalkan urutan.
  8. Akhir sekali ia bantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan pembebasan hormon penyekat seperti serotonin.

Bestnya dapat manjakan diri dengan mengurutkan? apapun, semasa proses kehamilan ibu hamil kena selalu dapatkan makanan berkhasiat supaya lengkap nutrisi sekali gus baik untuk kesihatan ibu dan bayi.

Moga sharing kali ni dapat memberi manfaat kepada anda yer. 

Nak dapatkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil , boleh contact  Saya ok!

Wana Mohd Tahir,
010-9749611

Thursday, 20 September 2018

Testimoni HB Low Bagi Ibu Hamil

22:22 0
Testimoni HB Low Bagi Ibu Hamil
Testimoni HB Low untuk ibu hamil


Sapa sini kawan-kawan Wana yang time hamil je dia selalu dapat HB low? Kalau pernah,kita geng! Wana pun pernah jadi gitu time hamil dulu. Wana nak kongsikan pengalaman Puan Nadimah, macamana beliau atasi masalah HB low time hamil.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Harini saya nak kongsikan testimoni saya seorang ibu mengandung yang pernah dikategorikan dalam kategori "mild anemia".
.
Memanng sejak daripada matrikulasi lagi saya tahu saya jenis mild anemia. Sebabnya pernah beberapa kali nak derma darah tak berjaya kerana bacaan HB di bawah 10.
.
Hanya lepas sekali sahaja derma darah masa di tahun ketiga universiti, tapi lepas derma darah saya tak boleh berjalan. Haha. Pitam, nasib baik tak pengsan..kalau tak malu je sebab pakai pakaian uniform😅
.
First pregnancy, saya suka suka je makan vitamin. Tapi memang vitamin yang klinik bagi saya tak makan la sebab dah memang consume vitamin shaklee. Cuma tak konsisten.
2-3 kali nurse detect bacaan HB saya rendah. Nasib baik nurse masih bagi pilihan nak ambik supplement shaklee konsisten atau nak ambik zincofer. Heeeee! So saya decide ambik set vitamin prenatal shaklee konsisten. Alhamdulillah, sampai ke hujung pregnancy HB masih maintain 11 ke atas selepas ambik set vitamin prenatal shaklee ni dengan konsisten.
.
2017, saya mengandungkan anak kedua. Masa ni memang continue set vitamin prenatal shaklee je sebab menyusu. Saya memang tak ambik alfalfa sejak daripada pregnant yang pertama.
.
Beberapa experiment atas risiko sendiri saya buat untuk kehamilan kedua ni. Yang pertama, tak makan apa-apa supplement langsung tapi ambik makanan yang kaya dengan zat besi dan vitamin lain contohnya sayur double, makan jambu batu, makan hati lembu, makan sumber protein 2-3 jenis sehari, makan buah 2-3 jenis sehari.
 Hasilnya, result HB saya rendah, hanya 10.8 sahaja. Masa ni tengah 28 minggu.
.
Ujian kedua saya buat dengan ambil jus delima jenama G***** yang sangat ramai orang perkatakan kat dalam group ibu mengandung facebook boleh naikkan bacaan HB.
Tapi sayang, saya tak dapat result bacaan HB masa tu sebab bukan masa test HB lagi. Masalahnya lain pulak yang jadi bila ujian air kencing yang dibuat menunjukkan urin saya trace! Ada gula! Nak cari result lain, lain pulak saya dapat. Tu hanya 2 minggu amalkan.
.
Nasib baik esoknya test MGTT saya pass. Tak sangkut bacaan gula. Kalau sangkut, memang seumur hidup saya menyesal ambik jus tu.
.
No more experiment. Saya teruskan je ambil set prenatal shaklee dengan gembira tanpa was-was. Alhamdulillah, hingga sekarang saya dah 39 weeks plus masih lagi amalkan set prenatal shaklee ni konsisten. HB masih cun di atas paras 11.
.
Nak naikkan HB? Go for set prenatal Shaklee! Bukan HB sahaja jadi concern utama, tapi dengan set ni banyak penyakit ibu mengandung dapat dielakkan. Contohnya tekanan darah tinggi, kencing manis, urin trace infection, pre-eklampsia, kelahiran bayi pramatang dan jugak kaki kejang di waktu malam.
.
Alhamdulillah, pregnancy kedua saya sangat sangat baik. Kaki cramp pon takde langsung. Padahal masih menyusu anak pertama. Hormon berubah pon kulit tak break out. Dan pertambahan berat saya kali ni memang sangat memuaskan. Mesti within the range every check up.
.
Bagi anda yang concern untuk melalui fasa kehamilan yang sangat sihat untuk ibu dan bayi dalam kandungan, seriusly anda patut cuba set prenatal Shaklee ni. Takkan rugi! Ibu sihat, bayi pon sihat tanpa sebarang masalah.
.
Minimize the risk. Don't ever challenge the risk especially those having problem with the previous pregnancy or genetically problems.
.
Jangan menyesal kemudian hari bila baby dah keluar. Dah tak berguna. Kos kewangan, kesihatan dan kebahagiaan akan diragut semuanya.
testimoni set hamil shaklee

SET PRENATAL SHAKLEE BANTU KEKALKAN  HB PADA PARAS SELAMAT


Bestkan pengalaman Puan Nadimah Muhammad? Kalau kawan-kawan ada masalah yang sama macam Wana kongsikan di atas, korang boleh Whatsapp Wana yer. 

Wana merupakan Pengedar Shaklee bagi kawasan yang tertera dibawah. Khidmat pos pun boleh tau.


Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore

Wednesday, 19 September 2018

Mencari Penawar Rambut Gugur Untuk Ibu Berpantang

22:13 0
Mencari Penawar Rambut Gugur Untuk Ibu Berpantang

Ibu berpantang selalu mengalami masalah rambut gugurkan? kata orang tua-tua, bila anak dah mula main air liur sampai menyembur, makin banyaklah rambut si ibu gugur. Masalahnya betul ke?

Sebenarnya ia berkait rapat dengan hormon endrogen kerana proses mengandung, bersalin dan menyusukan membabitkan banyak fungsi hormon.

Penyebab Rambut Gugur


  • disebabkan kerana tekanan / stress
  • pengambilan ubat-ubatan
  • kekurangan nutrien seperti zat besi, kuprum atau zinc
  • simptom masalah tiroid atau penyakit auto-imun
  • masalah hormon
Masalah keguguran rambut ini tidak semestinya dari segi faktor usia. Kalau nak tahu, 30% dari golongan lelaki juga mengalami masalah ini ketika usia menginjak 30tahun.

Walau bagaimanapun, anda kena tahu yang rambut kita ni akan mengalami 3 fasa iaitu:
  • Anagen - fasa menumbuh
  • Catagen - fasa memanjang
  • Telogen - fasa berehat
Rambut kita ni akan sentiasa ada rambut baru dan rambut yang gugur. Namun apa yang kerap menjadi masalah pada kita ialah masalah rambut gugur hingga tak dapat nak hambat kitaran anagen.

Jadi, kat sini Saya nak kongsikan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu anda yang bermasalah rambut gugur ni.

  • ESP - untuk rambut rapuh dan bercabang
  • GLA Complex - untuk yang bermasalah berkaitan hormon terutama ibu yang lepas bersalin.
  • B Complex - untuk masalah peredaran darah.
  • Vitalea - untuk masalah kekurangan zat besi.
  • Zinc Complex - untuk rambut rosak, rapuh dan bercabang.
Selain dari tu, anda boleh juga gunakan set rangkaian syampu dan perapi Prosante serta Scalp Care Serum!

Nak Order boleh hubungi Saya yer. Moga masalah rambut gugur anda dapat di atasi dengan Shaklee!


Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore

Tuesday, 18 September 2018

10 Tips Perjalanan Jauh Untuk Bayi dan Kanak-kanak Yang Ibu Ayah Kena Tahu!

22:30 0
10 Tips Perjalanan Jauh Untuk Bayi dan Kanak-kanak Yang Ibu Ayah Kena Tahu!

10 panduan perjalanan jauh untuk bayi dan kanak-kanak

Mama, badan Kakak panas la..nak demam..

Hah, pernah tak kawan-kawan hadapi situasi macam ni. Nak pulak time balik Kampung, anak mengadu tak sihat. Pastu ada pulak anak kita yang muntah, dah kena berhenti tepi jalan. Kita yang jadi mak ayah ni tentu risaukan keadaan anak-anak.

Kali ni terasa nak kongsikan satu artikel berkaitan tips panduan perjalanan jauh untuk bayi dan kanak-kanak. Saya baru je baca dari majalah iSihat keluaran Jun 2018.

Tips Panduan Perjalanan Jauh Untuk Bayi dan Kanak-kanak:


  • Pastikan bayi anda dalam keadaan sihat. Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum memulakan perjalanan.
  • Kerap singgah di R&R untuk berehat. Bayi perlukan udara segar dan ruang untuk menggerakkan tangan dan kaki.
  • Pastikan penggunaan car seat didalam kenderaan anda. Dapatkan car seat yang selesa dan sesuai untuk umur bayi anda.
  • Kerapkan memberikan cecair sama ada air susu ibu, susu formula atau air kosong. Bayi lebih mudah terdedah kepada dehidrasi.

  • Pasang pelindung cahaya matahari (sun shade) di tingkap kenderaan anda bagi mengelakkan bayi terkena panas mentari.
  • Bawa bersama beberapa alat permainan untuk menghiburkan bayi anda. Bawa alat permainan yang boleh berbunyi, bergetar, bersinar dan sebagainya.
  • Tukar lampin dengan kerap. Jangan biarkan bayi anda dibiarkan lama dengan lampin yang basah, ia boleh menyebabkan ruam dan jangkitan.
  • Pastikan kebersihan makanan yang diberikan. Elakkan membeli makanan dari gerai yang diragui kebersihannya. Jika makanan disediakan sendiri, pastikan ianya tidak rosak/basi sebelum diberikan kepada bayi anda.
  • Ketahui dan kenal pasti lokasi klinik/hospital di tempat destinasi anda yang beroperasi pada musim perayaan.
  • Dapatkan ubatan asas seperti ubat demam, ubat batuk dan sebagainya sebagai persediaan sekiranya anak anda ditimpa sakit. Jumpa doktor untuk mengetahui apa ubatan yang dicadangkan.

Moga segala panduan atau tips perjalanan jauh untuk bayi dan kanak-kanak ni dapat memberi manfaat dan persediaan kepada kita selaku ibubapa jika ingin memulakan perjalanan jauh.

Tips tambahan dari Saya, sentiasa sedia vitamin Aid kids untuk anak-anak macam Set Kanak-kanak Shaklee ni.

Supplemen untuk kanak-kanak


Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore


*Produk-produk Shaklee TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT, MENDIAGNOSIS ATAU MNCEGAH SEBARANG PENYAKIT.
Sekiranya anda mempunyai penyakit berbahaya SILA BERJUMPA DOKTOR TERLEBIH DAHULU.


Monday, 17 September 2018

6 Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak

18:25 0
6 Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak
Tanda-tanda buah pinggang rosak

Buah pinggang merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh kita . Tugas utama buah pinggang adalah sebagai penapis bahan buangan dalam darah. Nak tahu samada buah pinggang kita sihat atau tidak, jom kita ketahui tanda-tanda buah pinggang yang mungkin mengalami kerosakan.

6 Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak.


  • Sakit belakang / Low Backpain - hanya berlaku disebelah pinggang sama ada di sebelah kanan atau kiri
  • Kulit gatal berpanjangan - biasanya selepas buang air pengidap akan berasa lega kerana sakit pinggang akan berkurangan ( kebarangkalian mengalami kerosakan buah pinggang)
  • Kerap rasa nak buang air - kerap bangun malam
  • Ada darah dalam air kencing
  • Masalah tidur - Sukar tidur atau sleep apnea
  • Air kencing berbuih - Ini menandakan ada kehadiran protein bocor.

Umum kita ketahui fungsi buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihab, garam berlebiban dan bahan kumuh bertoksin dari tubuh.

Antara fungsi lain ia membina beberapa jenis hormon yang mengawal fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah, pembinaan sel darah merag dan mengawal pH darah. 

Ia juga bertanggungjawab mengaktifkan sejenis vitamin D yang dapat membantu penyerapan kalsiun yang digunakan untuk bina tulang dan menyelaras fungsi otot.

Bagaimana supplemen membantu mengawal simptom-simptom kerosakan buah pinggang?


Biasanya mereka yang mengidap buah pinggang rosak boleh dibantu dari segi memberi tenaga kepada sel. Jika mereka telah melalui fasa dialisis, keadaan tubuh mungkin sedikit lemah.

Disini, Vivix Shaklee yang merupakan makanan tambahan yang berbentuk cecair yang mengandungi antioksidan yang tinggi dan baik. Ia juga terdiri dari gabungan bahan resveratrol dan polifenol yang menyebabkan Vivix 10X ganda lebih bagus untuk tubuh.

Vivix dapat mengurangkan pengumpulan platlet pada buah pinggang.Vivix mengandungi Soluble fiber iaitu serat larut yg sangat tinggi bertindak seakan 'lori sampah' yg bergerak dalam saluran darah..mengangkut segala lebihan gula, kolestrol  & toxic sehingga ke rerambut darah & membuang melalui sistem perkumohan. Disini proses pembersihan buah pinggang berlaku.

Moga sesikit info berkaitan tanda- tanda buah pinggang rosak ini memberi manfaat kepada anda.

Untuk info berkaitan produk atau sebarang konsultansi, anda hubungi Saya dibawah ini.




Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore


*Produk-produk Shaklee TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT, MENDIAGNOSIS ATAU MNCEGAH SEBARANG PENYAKIT.
Sekiranya anda mempunyai penyakit berbahaya SILA BERJUMPA DOKTOR TERLEBIH DAHULU.


Sunday, 16 September 2018

Testimoni | Sakit Sendi dan Lutut Berkurangan

16:56 0
Testimoni | Sakit Sendi dan Lutut Berkurangan



Apa perasaan anda bila terseliuh,  kemudian jatuh terduduk dalam bilik air. Pasti rasa terkejut dan takut . Betul tak..?


Begitu lah yang terjadi pada saya . Dua kejadian lain hari. Lain masa tetapi pada bulan yang sama. Bulan lepas kan musim hujan. Jadi kerap ulang alik ke dapur. Yelah kan seharian hujan. anak-anak pula kejap-kejap nak susu..kejap2 masuk bilik air, pastu lapar balik.

Tak senang duduk melayan 3 beradik ni.  Husna pulak baru belajar tak gunakan pampers. Jadi tumpu pada dia lebih. Huzaifah pula ada permainan baru. Suka buka tutup peti ais. Habis berkecah dia main air. Apa lagi.. tengah terkedek-kedek Kak Ita jalan ke dapur, terpelecok lah, tak perasan ada air. Nasib baik tak jatuh gedebuk. Selawat banyak-banyak. Nak marahkan Huzai dia apa tau kan.

Terkejut sebab kaki terpelecot. Cepat-cepat saya sapu krim Herbal Blend. Risaunya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Kejap-kejap tengok kaki ada kesan bengkak atau biru. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Cepat-cepat saya ambil Vivix dan terus bancuh dengan kolagen. Alhamdulillah. Bangun pagi esoknya tak ada bengkak dan sakit kaki.

Selang beberapa hari saya jatuh terduduk pulak dalam bilik air. Licin sebab air dari basuhan mesin basuh. Entah macam mana fikiran melayang masa tu. Agaknya lupa nak baca doa masuk tandas pun iyer juga.

Dipendekkan cerita, pinggang dan perut saya sakit akibat kesan terjatuh tu, saya sapu minyak panas di bahagian yang sakit dan minum Vivix campur kolagen. Setiap hari saya minum 2 kali . Pagi dan malam. Dan sebelum tidur, saya makan Ostematrix 5 biji setiap hari.

Alhamdulillah sakit pinggang dah hilang, tiada apa-apa yang saya takutkan terjadi. Tetapi haid saya pula keluar terlampau banyak. Bila ke klinik doktor kata takde apa-apa , mungkin sebab hormon. Dalam masa sama saya pergi berurut . Mak bidan kata peranakkan saya turun sikit,  Lagipun memang setiap 3 bulan saya akan berurut badan di kampung. Alhamdulillah semua nya baik-baik dan tiada apa yang perlu saya risaukan.

Dalam masa yang sama tekanan darah tinggi saya pun stabil. Maklumlah bila dah masuk umur 40-an ni semua nak kena jaga. Lebih-lebih lagi bab kesihatan ni. Mungkin ramai tak tahu bahawa kolagen Shaklee sangat bagus untuk sendi juga. Bukan hanya untuk cantik semata mata tau.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut atau sendi boleh cuba amal minum kolagen Shaklee dan Ostematrix,  rasakan perbezaannya.

Mengapa dan bagaimana Kolagen Shaklee untuk sendi?

Kolagen Shaklee mempunyai unsur ekstrak kerangan laut yang mana ia mengandungi glucosamine yg bantu membuat bendalir sebagai pelincir sendi.
.

Manakala Vivix pula membantu memperbaiki sel-sel badan kita. Memang terbaik lah setiap suplemen Shaklee . Pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai khasiatnya tersendiri. 
.

Kita usaha untuk ke arah yang lebih sihat. Shaklee sahaja satu-satunya supplement brand yang terbukti berkesan melalui Landmark Study.

Testimoni sakit lutut


Alhamdulillah, Moga Puan Rozita terus diberikan kesihatan yang berpanjangan. 

Anda nak amalkan vitamin yang sama macam Puan Rozita makan? Boleh hubungi Wana yer.

Wana Mohd Tahir
0109749611

Thursday, 13 September 2018

Akhirnya Sakit Lutut, Akibat Aktif Sukan Zaman Sembuh

23:31 0
Akhirnya Sakit Lutut, Akibat Aktif Sukan Zaman Sembuh
sakit lutut


Testimoni kali ni berkaitan dengan masalah sakit lutut yang di alami oleh Puan Shahizan. Beliau dahulunya seorang yang aktif dalam bidang sukan. Apa kata kita telusuri perjalanan kisah suka Puan ni selepas mengamalkan vitamin Shaklee.


Saya Nor Shahizan Rahimi bt Mohd Saad a.k.a Che Yan nak berkongsi kisah perjalanan "cinta Shaklee" saya mengenali Shaklee sudah lama cuma sikap acuh tak acuh dalam pengambilan vitamin membuatkan lambat benar Shaklee "menakluki" hati saya sepenuhnya. Setelah merasai #shakleeeffect yang sebenar selepas berpantang anak ketiga maka cinta saya pada produk Shaklee "jatuh berkali-kali" hasil bimbingan SID hebat bergelar "Ratu Vivix".
.
Selepas Set Berpantang Premium Shaklee saya cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang saya alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang saya alami hasil daripada penglibatan aktif saya dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu.
.
Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan saya untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan saya semakin terganggu. Tugas sebagai guru memerlukan saya naik turun tangga. Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut saya akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan stakat itu sahaja, saya terpaksa "double step" kat tangga, maksudnya saya perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga. Rasa sakit akan bertambah kronik apabila saya perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung.
.
Vitamin untuk "daily essential" memang sudah menjadi rutin. Setelah mebuat sedikit pembacaan dan meminta pendapat dari upline, maka untuk masalah lutut dan sendi saya ambil Vivix, Collegen, Ostemetrix dan Omega Guard.
.
Saya terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa saya tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi. Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan saya belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak. Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit saya semakin halus. Katanya "masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun". Suami saya memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan saya memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen.
.
Satu lagi perkara yang saya perasan ialah masalah alergik saya pada terung. Pada kebiasaannya setiap kali saya termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh. Baru-baru ini saya ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering dan setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di "wipe off".
.
Memang nawaitu saya nak ambil Set Sendi tu untuk masalah lutut saya. Tiba-tiba macam-macam bonus  dan manfaat yang lain saya perolehi. Maka buat sekian kalinya saya "jatuh cinta" dengan Shaklee. Jom sama-sama berShaklee untuk meningkatkan kesihatan.
sakit lutut sembuh

Alhamdulillah, bestkan kisah puan Shahizan atau nama glamernya Che Yan. Niat asal ambik set sendi untuk masalah lutut, sekali tak sangka macam-macam pula yang dapat.

Ni baru betul-betul berbaloi kan makan vitamin? Berminat nak amalkan vitamin Shaklee untuk kesihatan yang optimum?

Korang boleh hubungi Wana yer.

Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore

Wednesday, 12 September 2018

Punca Jeragat Yang Perlu Dielakkan dan Cara Mengatasinya

22:24 0
Punca Jeragat Yang Perlu Dielakkan dan Cara Mengatasinya




Masalah jeragat merupakan masalah kulit yang sangat digeruni oleh kaum wanita. Sebab utamanya ia dapat menurunkan keyakinan diri. Ini kerana kulit wajah kita adalah fokus utama setiap kali kita berinteraksi dengan orang lain. Setuju? Kita akan jadi segan sebab jeragat jelas boleh kelihatan. 

Faktor terjadinya masalah jeragat?


Kebiasaannya ia terjadi disebabkan oleh kulit muka mudah terdedah dengan sinaran UV.

Kita pula jenis aktif melakukan aktiviti harian di luar tanpa mengenakan sebarang perlindungan seperti krim UV atau sunblock atau supplemen yang dapat lindung kulit kita.

Selain tu, peningkatan usia  juga boleh diambilkira. Yer la kan, bila umur dah menginjak ke usia 30an, 40an hormon kita dah tak balance. 

Penggunaan kosmestik yang tinggi bahan kimia juga boleh menyumbang kepada masalah jeragat ni.

Cara atasi masalah jeragat dengan pengambilan supplemen Shaklee.


Vitamin C merupakan vitamin yang boleh menghasilkan kolagen. Kolagen pula boleh berkurang seiring usia kita. Jadi kita perlukan vitamin C untuk bantu cerahkan kulit dan pudarkan jeragat di wajah kita.

Gla Complex pula dapat membantu stabilkan hormon. Kan jeragat ni berkaitan dengan hormon juga. Dalam Gla pula ada kandungan vitamin E dimana ia tinggi antioksidan dan dapat stabilkan pengeluaran minyak dikulit muka.

Esp adalah protein. Ia penting untuk kulit. Protein ni merupakan makanan pada sel kulit kita. Sel kulit kita akan bertukar setiap 21 hari. Jadi kita kena lah bagi makanan pada sel kulit kita kalau kita nak dapatkan kulit yang sihat.

CoQ Trol Plus ni kalau nak tahu ia merupakan pelindung UV kepada kulit kita. Kiranya CoQ ni bertindak macam sunblock la, beza nya kena makan. Bukan tu aja, CoQ ni bantu beri tenaga pada sel kulit kita supaya dapat hasilkan sel kulit yang baru, lebih sihat dan cantik. CoQ Trol ni juga vitamin yang tinggi antioksidan. Sangat best untuk kulit.

Jadi wanita diluar sana, anda jangan rasa rendah diri lagi. Sebabnya kita boleh atasi masalah jeragat ni dengan pengambilan set jeragat Shaklee yang berkesan dan selamat.

Untuk konsultansi berkaitan masalah di atas, korang boleh hubungi Saya seperti tertera dibawah yer.

Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore



Tuesday, 11 September 2018

"Inilah pengalaman berpantang terbaik setelah 4 kali berpantang!" |Wanita ini berkongsi pengalaman berpantangnya

22:21 0
"Inilah pengalaman berpantang terbaik setelah 4 kali berpantang!" |Wanita ini berkongsi pengalaman berpantangnya
tips bersalin mudah

Salam, saya Azie. Saya nak share pengalaman berpantang dengan set berpantang dan Vivix.

Saya bersalinkan anak no.4 ni secara pembedahan dan sememangnya dah diberitau lebih awal. Jadi get ready je. Kalau sebelum ni pengalaman bersalin agak dukacita, saya memang berharap kali ni betul- betul sedia.

Sehingga kandungan masuk 38 minggu, pada pagi raya korban. Ketuban pecah dan sy masuk wad.emergency czer. Sepatutnya planning czer tapi sebab ketuban pecah awal, jadi emergency dan saya sendiri dah dimaklumkan risiko pembedahan ni.

Waktu di hospital, sebaik saja nurse suruh bangun selepas 6 jam pembedahan. Saya ambik vitamin dulu sebab memang tenaga rasa macam habis dah. Ambik ginger jugak, perut dah hampir 8 jam kosong. Alhamdulillah, selepas beberapa jam bersalin. Memang rasa segar sikit dan mula menyusukan baby. Memang susu badan banyak.

Masuk hari ketiga, keluar je dari hospital. Start ambik vivix. Satu botol vivix tu lebih kurang dalam seminggu je sebab memang nak baikkan luka cepat. Alhamdulillah, memang rasa sangat bertenaga. Lebih- lebih lagi terpaksa pula berulang ke klinik sebab baby ada kuning sikit. Dekat bahagian luka tu memang tak rasa sakit, ini merupakan czer kali ke -3 saya dan rasanya inila pengalaman pantang terbaik untuk saya.

Masuk minggu ke- 2 berpantang, dah mula masak sendiri. Memang tak rasa macam orang pantang sebenarnya tapi berhati- hati jugakla kan. Selain dari vivix, saya mengambil ESP, vitalea, b- com, ostematrix, vitamin C dan Alfalfa sebagai jamu pantang.

Untuk saya, inila pantang yang terbaik setelah 4 kali berpantang ni. Dan saya amat mensyorkan vivix dan set pantang ini untuk ibu- ibu yang bakal melahirkan anak.

Yang paling pentingnya dalam pantang kali ni, takde masalah bengkak susu sampai demam. Keletihan akibat menjaga bayi lewat malam dan mahupun rasa stress. Memang sangat berbeza dengan kelahiran sebelum ni. Tq Shaklee .

cara pulihkan luka bersalin ceaser

*******
Macamana? membantu ibu², mommy to be tak kisah yang Saya kongsikan dengan korang kali ni?

Kalau korang pun nak jugak lalui pengalaman berpantang macam Puan Azie ni, korang patut amalkan apa yang Puan Azie ambik sepanjang tempoh berpantang beliau. Biarpun kesan ke atas setiap orang berbeza, so far sapa yang amalkan set berpantang Shaklee rata-rata akan kongsikan positif feedback!

Nak lebih info berkaitan produk, korang direct Whatsapp Saya naa..

Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore

Monday, 10 September 2018

Pencuci Muka Berkesan dan Selamat untuk Semua Jenis Kulit | Skincare Youth Shaklee

23:37 0
Pencuci Muka Berkesan dan Selamat untuk Semua Jenis Kulit | Skincare Youth Shaklee
Luminous Gel Oil Cleanser merupakan pencuci muka 3 in 1 yang sangat sesuai dengan  semua jenis kulit tau. Ia bertindak sangat lembut dan ringan.

cleanser Youth Shaklee

Pencuci muka Youth Shaklee mengandungi 3 bahan utama iaitu:


  • Muscadine Grape Extract kaya dengan Polifenol, ia melindungi dan memeprbaiki DNA sel dalam masa yang sama ia boleh menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

  • Vital Repair+® Complex ni kaya dengan nutrien antioksida dan vitamin penting untuk menghalang radikal bebas dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

  • Exfoliating Green Algae Complex bertindak menghaluskan kulit daripada sel mati secara lembut tanpa penggunaan microbeads yang boleh merosakkan sel kulit. Green Algae Complex juga boleh membuang kotoran pada kulit wajah tanpa mencederakan kulit wajah.
Pencuci muka Youth ni rumus khas untuk semua jenis kulit kerana ia terdiri daripada  gabungan Gel dan Oil.

pencuci muka selamat dan berkesan
Sebelum guna Cleanser Youth Shaklee

Gel cleanser bagus untuk serap minyak pada kulit yang berminyak dan kulit yang berjerawat disebabkan oleh bakteria.

Oil cleanser pula sesuai untuk mereka yang memiliki kulit muka berminyak dan kulit muka yang sensitif. Ia bagi kelembapan pada kulit wajah.

skincare yoith shaklee berkesan

Secara jujurnya, Saya sendiri akui best sangat guna pencuci muka Youth ni. Sebab utama ia mudah digunakan dan dalam masa yang sama tak risau nak guna remover kalau kita mekap di muka. Hanya guna pencuci muka Youth sahaja, segala kotoran tanggal.

Korang nak tak kulit muka korang 10 tahun lebih muda, flawless dan glowing gitu! Kalau nak, Saya syorkan korang gunalah Cleanser Youth yang bebas dari kimia berbahaya ni.

Tentang Youth Skincare Shaklee (Klik sini)


Hubungi Saya untum dapatkan pencuci muka berkesan lagi selamat ini seperti details di bawah okay.

Wana Mohd Tahir 
0109749611

Sunday, 9 September 2018

Resepi Daging Dendeng Mudah dan Sedap

18:19 0
Resepi Daging Dendeng Mudah dan Sedap
Resepi Daging Dendeng


Hai korang, cuti Agong pergi mana? Kami anak beranak dok kat rumah jer. Saje la kali ni nak share resepi daging dendeng cara Saya masak mudah dan sedap, InshaAllah. 

Kebetulan daging korban dapat banyak jugak. Saya ni bukanlah makan daging sangat. Tapi saja la nak test skill masak daging pulak. 😁

Okay kat bawah ni ada resepi, cara-cara dan bahan² yang diperlukan. Moga korang pun boleh cuba yer resepi simple dari Saya ni.

Bahan-bahan:

Daging >< 600gm
Bawang besar 
Bawang merah
Cili kering
Kicap manis
Kicap pekat
Gula
Garam
Serai

Cara-cara:

  • Potong daging nipis ikut selera korang. Ada orang dia rebus dulu daging yg siap dicuci tu then baru potong. Tapi Saya potong dulu, lepas tu baru perap dengan kicap manis dan kicap pekat. Sukatan kicap tu agak2 jer.
resepi daging dendeng

  • Agak² dalam setengah jam gitu, masukkan daging yang diperap tadi dalam kuali untuk direbus. Biar lama sikit supaya daging tak liat sangat. Air rebusan tadi jangan buang, simpan sebab nanti nak masuk balik dalam kuali. Daging yang telah ditos airnya tadi, korang kena tumbukkan pulak supaya takde la rasa liat daging tu. Senang sikit nak makankan.
cara masak daging dendeng

daging dendeng

  • Kisar bawang dan cili kering. Kemudian panaskan kuali letak minyak sikit then boleh start tumis bahan. Ikutkan resepi asal sekilo daging sekilo bawang merah tapi Saya punya ni sikit je dagingnya so guna pulak bawang besar yang sesang tu dalam 4biji jer. Cili kering dalam 15tangkai.
resepi daging dendeng

  • Semasa tumis bawang dan cili tadi, masukkan sekali 2 batang serai yang telah dititik. Saja letak serai sebab nak bagi rasa lain sikit takde lah rasa manis bawang sangatkan. 


  • Masukkan daging yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali then masukkan lebihan air rebusan tadi. Masukkan kicap untuk nampak hitam then perasakan dengan gula garam.
Masak daging dendeng

  • Dah masak bolehlah dimakan dengan nasi panas² atau kalau rajin rebus ketupat pulut cicah..ermm..Yummy..

Okay, sekian dulu resepi daging dendeng mudah dan sedap dari Saya. Selamat mencuba! Oppss kalau korang nak cari vitamin untuk masalah kolestrol tinggi, korang boleh contact Saya yer. 

daa..Selamat berhujung minggu.

Wana Mohd Tahir 
010-9749611

Saturday, 8 September 2018

Cara Terbaik Untuk Tambah Susu Ibu Tanpa Perlu Berlapar

20:39 0
Cara Terbaik Untuk Tambah Susu Ibu Tanpa Perlu Berlapar
cara banyakkan susu ibu

Penyusuan susu ibu terhadap bayi yang baru lahir sehinggalah anak kita mencecah 2 tahun sangat dituntut dalam Islam. Tapi, tak semua bernasib baikkan untuk susukan anak secara konsisten. Kali ni Saya nak kongsikan pengalaman Puan Jumaati yang berjaya menambah bekalan susu ibu untuk anak-anak beliau.

Assalamualaikum semua. Saya Jumaati Ahmad berusia 39 tahun. Saya mengenali produk Shaklee sejak anak pertama lagi tetapi ketika itu saya belum lagi makan apa-apa supplemen Shaklee ketika hamil. Saya hanya melihat seorg rakan Facebook yang sentiasa update produk-produk Shaklee di Facebooknya ketika itu.
.
Kerana sentiasa diwar-warkan tentang kebaikan produk Shaklee, saya tertarik untuk ambil beberapa supplemen Shaklee bila berpantang untuk pertama kalinya. Masa tu saya ambil ESP dan OSTEMATRIX. Agen tu bagi jugalah Zinc Complex utk 30 biji free Vitamin C klu tak silap dalam beberapa biji untuk test je.
.
Selepas pantang, saya ambil Alfafa dan Lecithin utk susu dan dalam masa yg sama nak kurus. Aim saya satu je utk ambil supplemen Shaklee SBB nak susukan anak tanpa susu formula.
.
Tapi kerana pengalaman pertama, semuanya mungkin nampk sukar tp Alhamdulillah saya dapat menyusu anak saya sehingga usia setahun lebih walau pun campur gak susu formula. Mungkin ilmu di dada blm mencukupi.
.
Bila hamil anak kedua, saya teruskn pengambilan ESP dan Vitamin C secara konsisten. Masa tu saya masih blm jd agen lagi. Just beli dgn kwn. Tetapi kerana saya percayakan kebaikan yg ada kat produk Shaklee sy terus decide nak jd ahli sbb nak beli full set pantang Shaklee bila melahirkan anak kedua.
.
Alhamdulillah asbab mkn Shaklee atau mmg Allah nak mudahkan saya, semasa melahirkan saya xkena jahit langsung. Dan bila berpantang dgn Shaklee saya terasa cergas seperti tidak berpantang. Apatah lagi masa tu pun saya kena berpantang dgn menjaga anak yg seorg lagi. Seminggu berpantang pun saya dah masak sendiri. Supplemen Shaklee sgt membantu sy cergas dan punye tenaga utk melakukan kerja2rumah. Lagi2 B Complex sgt membantu menjauhkn saya dari tekanan juga Ostematrik yg buat saya senang utk membuang ketika dlm pantang.
.
Aim saya tetap utk penyusuan bila dah melahirkan anak kedua ni. Niat di hati saya nak susukan dia sehingga umur 2 tahun. Tetapi rezeki Allah, selepas 3 bulan saya disahkn hamil utk anak yg ketiga.
.
Kerana masa ni dah jadi member, utk hamil anak ketiga saya mmg ambil full set kehamilan. Kalau sebelum ni saya mmg xambil Vitalea. Tp utk kehamilan yg ketiga ini, saya ambil Vitalea dan Omega Guard. Alhamdulillah bacaan HB saya sgt baik juga berat badan xnaik sgt pun.
.
Sekali lagi, saya tidak koyak pun ketika melahirkan dan tidak perlu jahitan juga. Alhamdulillah. Mungkin kerana jarak anak yg setahun seorang. Utk pengetahuan, sy melahirkan anak stp tahun dr tahun 2014, 2015 dan 2016.
.
Selepas setahun, Alhamdulillah anak yg ketiga ni mmg full breastfeeding exclusively tanpa campur susu formula. Masa awal2 bulan lagi, saya nampak saya punye stock susu semakin byk yg mana saya terpaksa beli deep freezer utk simpanan stok EBM.
.
Dan yg paling buat saya bangga dgn diri saya juga, saya buat stok susu EBM anak saya menggunakan kaedah MARMET sahaja. Saya tak perlu mesin pengepam yg canggih utk buat stok EBM. Alhamdulillah. Kerana itu saya rasa saya sgt berjaya dgn misi penyusuan.
.
Insha Allah dgn set penyusuan Shaklee saya percaya saya akan berjaya mencapai target saya menyusu anak saya dgn susu saya sehingga usia 2tahun.
.
Mudah2an. Inilah Shaklee effect utk saya.
cara tambah susu ibu

Alhamdulillah, seronokkan dapat buat sesuatu untuk anak-anak kita. Nak pulak ianya berkaitan dengan penyusuan.

Jika pembaca blog Saya ni dikalangan parent yang memang nak menjayakan misi penyusuan susu ibu, yang nak amalkan pengambilan vitamin Shaklee set berpantang, korang boleh hubungi Saya seperti dibawah.


Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore

Friday, 7 September 2018

Testimoni Youth Shaklee | Cara Hilangkan Parut Hitam di Muka

22:47 0
Testimoni Youth Shaklee | Cara Hilangkan Parut Hitam di Muka

Cara Hitangkan Parut Hitam di muka


Muka macam pecah rumah! Kau rasa? haha.. Okay kali ni Wana nak kongsi ngan korang kisah Puan Nor Shahizan atau nama glamer beliau Che Yan. Nak tahu cara beliau hilangkan parut hitam di muka kan? nah la Wana belanja korang testimoni Youth Shaklee untuk hilangkan parut hitam dimuka pulak.
.
Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.
.
Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.
.
Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai. 
.
Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.
.
Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat.
.
Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.
.
Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.
.
Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni". 
.
Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang. 
.
Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.
.
Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa. 
.
Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.
.
#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".
.
Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin  #YOUTH Che Yan. 
.
Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu. 
.
Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
.
Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.
.
Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka. 
.
There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH.


Cara hilangkan parut hitam dimuka

Hah, amacam? dah baca kan kisah Che Yan tadi? ada tak yang pernah lalui kisah yang sama macam Che Yan ni? Kalau ada, bawak² lah kita berubah dengan Skincare semulajadi yang berkesan dan yang paling penting selamat tau.

Korang nak tahu pasal Youth atau mengenai vitamin Shaklee yang lain, korang boleh je contact Wana ye.

Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore

Thursday, 6 September 2018

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Selamat dan Berkesan

21:25 0
Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Selamat dan Berkesan

Nak tak Saya kongsikan cara paling berkesan untuk turunkan berat badan sehingga 10kg malahan lebih lagi dengan selamat tanpa perlu membahayakan diri?


cara menurunkan berat badan berkesan dan selamat

Permulaan saya bersama product Shaklee selepas saya menceritakan masalah tahap kesihatan saya kepada isteri saya Nadia Ezdianie Norazaman. Masalah saya bermula apabila saya kurang selesa dengan fizikal tubuh badan saya (gemuk) dan disebabkan kegemukan itu muncul la simptom-simptom yang lain seperti mudah letih, tercungap-cungap dan yang paling ketara masalah sakit belakang.
.
Masalah ini telah lama berlaku dan telah banyak cara, usaha dan ikthiar dilakukan tetapi hasilnya tidak seperti yang digambarkan. Pada mulanya seperti biasa saya menjaga pemakanan saya (mengamalkan diet yang sihat) dan  bersenaman tanpa pengambilan vitamin dan supplement sampingan. Setelah hampir setengah tahun mengamalkan gaya hidup yang sihat masalah saya tetap sama dan kerap berulang.  Dengan hasil berat badan yang tidak memberangsangkan ini serta simptom-simptom di atas tidak dapat dipulihkan, saya rasa tertekan. Nekad untuk mengubah tahap kesihatan dan bermula mencari jalan penyelesaian.
.
Bermula dari situ isteri saya telah membuat kajian dan pembacaan untuk menolong mengurangkan masalah saya ini. Setelah yakin dengan hasil kajian dan pembacaan, kami bercadang untuk menggunakan vitamin dan supplement dari Shaklee untuk membantu tubuh badan untuk bekerja dengan lebih effisyen. Akhirnya bertemu kami dengan blog celikvitamin dan isteri saya menghubungi Puan Adilah Manaf. Setelah membuat perbincangan, beliau mencadangkan set kurus kepada kami (Lecithin, Omega Guard, Alfafa, Herb-Lax,ESP dan Cinch). Puan Adilah telah memberikan konsultasi yang excellent!!!!
.
Dengan semangat yang berkobar-kobar saya mengikut segala arahan dan peraturan yang diberikan. Permulaan sessi untuk meningkatkan tahap kesihatan saya bermula dengan DETOX. DETOX selama seminggu dan seterusnya mengambil vitamin dan supplement dari Shaklee secara konsisten berserta senaman yang berterusan. Program diet saya bermula dari 17 Disember 2016 sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersama Shaklee berat saya berkurang sebanyak 10kg dari 86.4kg kepada 76.8kg. Selain berat badan turun saya mendapat bonus yang lain iaitu kurangnya ukur lilit badan dari pinggang saiz 40 inchi sekarang saiz pinggang menjadi 36 inchi. Simptom-simptom yang saya hadapi juga dapat diselesaikan. Sekarang kehidupan dan tahap kesihatan tubuh badan saya bertambah baik dengan Shaklee.
.
Setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pengambilan vitamin dan supplement dari Shaklee kesihatan saya bertambah baik. Percayalah tubuh badan kita memerlukan vitamin dan supplement untuk melancarkan lagi sistem-sistem dalam tubuh badan kita untuk berfungsi dengan lebih effisyen. Dengan mengamalkan supplement dan vitamin akan mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua. It is amazing effect on my body. Thanks Shaklee.

Cara turunkan berat badan

Hah, macamana? best tak testimoni Saya kongsikan ni? Makan vitamin at same time kena juga amalkan gaya hidup yang sihat macam bersenam dan jaga pemakanan harian.

Kalau nak tahu, vitamin ni dia bantu badan kita dapatkan nutrisi yang cukup tau. Apa pun sebelum nak berdiet, korang wajib detox dulu. Kalau tak detox ibarat sia-sia je la apa yang kita makan tu.

So, kalau korang nak dapatkan set vitamin yang sama macam Encik Firas kita ni amalkan, korang boleh je direct buat pembelian di eSell dengan menggunakan kredit card/ debit card ye.

Tapi-tapi, kalau korang nak dapatkan vitamin ni melalui Saya, korang boleh je contact Saya tau. InshaAllah guideline berkaitan vitamin akan Saya kongsikan. : )

Agen Shaklee Manjung





Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore

Wednesday, 5 September 2018

Pengedar Shaklee Manjung | COD di Kawasan Manjung, Sitiawan dan Lumut Perak

17:43 0
Pengedar Shaklee Manjung | COD di Kawasan Manjung, Sitiawan dan Lumut Perak
COD Manjung

Anda tinggal di Manjung dan kawasan berhampiran Manjung? Nak cari Pengedar Shaklee yang boleh COD terus pada anda? Sayalah orangnya. Kini tak susah lagi, anda boleh hubungi Saya terus untuk dapatkan rangakaian vitamin Shaklee pelbagai set mengikut keperluan anda.

agen shaklee manjung

Antara Set Cadangan Vitamin Shaklee yang ada terdiri daripada:

  • Set Kehamilan
  • Set Berpantang
  • Set Kecantikan
  • Set Kanak-kanak
  • Set Kesihatan Optima
  • Set Tenaga
  • Set Kebersihan
Pengedar Shaklee Manjung Aktif
Rangkaian Produk Shaklee


Banyak lagi set cadangan mengikut keperluan anda tau. Paling best anda juga boleh jadi ahli Shaklee hanya perlu membuat pendaftaran dengan Yuran sebanyak RM75 sahaja. Klik sini untuk Kelebihan Ahli.

Jadi warga Manjung, Sitiawan dan Lumut jika nak dapatkan produk Shaklee, boleh terus contact Saya naa. InshaAllah servis cepat dan konsultansi terbaik menanti anda.





Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore

Tuesday, 4 September 2018

Testimoni Penyakit Vertigo Sembuh

18:40 0
Testimoni Penyakit Vertigo Sembuh

testimoni penyakit vertigo sembuh


Siapa sangka dari resdung boleh diserang penyakit Vertigo. Lelaki ini berkongsi pengalaman beliau diserang Vertigo akhirnya sembuh tanpa perlu melakukan pembedahan.

Apa itu Vertigo?

Penyakit Vertigo akan menyebabkan individu yang diserang mengalami keadaan pening yang sangat luar biasa. Mereka yang diserang akan berasa seperti berpusing-pusing. Biasanya berlaku beberapa minit tapi ada juga yang berlarutan sehingga berhari-hari.

Secara Umum Penyebab Vertigo Berlaku.

Umumnya Vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. 

Ini kerana Sistem Keseimbangan badan manusia bertumpu disekitar mata dan kedua-dua bahagian telinga. Ia dipercayai ada gangguan yang berlaku didalam telinga disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri betul.

Jom kita ikuti kisah suami kepada Puan Masita ni. 

Hai Cikta nak berkongsi kisah pengalaman suami diserang resdung yang kronik. 

Bercerita tentang resdung, mesti ramai yang seperti Cikta. Cikta sebelum ni menganggap resdung atau dikenali dengan nama sinusitis ni sebagai satu penyakit biasa. Sehinggalah suatu hari suami Cikta sendiri terpaksa dirawat di Hospital kerana menghidapi sinus yang teruk.

Bermula dengan kerap bersin dan selsema diawal pagi. Suami Cikta juga kerap diserang vertigo. Mula-mula memang ingat suami hanya mengalami tekanan darah rendah. Tapi lepas buat checkup Doktor diagnosed sebagai vertigo iaitu keadaan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing, telinga berdengung , pandangan kabur, mual dan muntah-muntah. Vertigo ini akan menyerang 5 6 kali setahun. Yang paling merisaukan bila dapat tau vertigo boleh menyebabkan masalah pendengaran atau pekak. 

Pada March 2017, suami Tiba-tiba diserang demam panas. Disitulah segalanya bermula, bila check darah denggi semua negative. 3hari masuk lebih kurang 12botol air. Demam kebah tapi kepala masih sakit. Tersangat risau masa itu.

Disebabkan Suami ada sejarah sinus semasa dia sekolah dahulu. Jadi masa hari keempat Doktor menyuruh suami menjalani 'Ct Scan.'

Resultnya.... jeng jeng jeng... 

Sakit kepala itu memang disebabkan oleh sinus yg teruk. setiap saluran dan rongga di muka belah kiri penuh dengan sinus. belah kanan pun tinggal sedikit ruang. Allahhuakbar! Dan sinusnya telah dijangkiti kuman.

Suggestion Doktor tentunya pembedahan. kosnya RM15000 - RM20000. Disebabkan kos yang tinggi, kami mengambil keputusan untuk ikhtiar cara lain dulu iaitu mencuba Vivix Shaklee dan ubat hospital terlebih dulu. dengan harapan tidak ada pembedahan yang akan berlaku.

2 minggu istiqamah makan Vivix Shaklee setiap hari. Alhamdulillah semasa pergi checkup semula. Sinus yang telah dijangkiti kuman sudah tiada dan rongga seperti sediakala. 

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!Kini suami bebas vertigo dan resdung.

Jadi jika anda rasa vivix tu mahal, try la sakit. kosnya menelan beratus kali ganda dari harga sebotol Vivix Shaklee. Serious!
Terima kasih Shaklee dan Supermom.
Testimoni Resdung Kronik

Alhamdulillah asbab Puan Masita ikhtiar dengan Shaklee, suaminya tak perlu jalani pembedahan yang menelan kos ribuan ringgit tu kan.

Jika anda ada masalah yang sama macam kisah yang Saya kongsikan ini, anda boleh hubungi Saya atau boleh juga membuat pembelian secara terus dengan menekan butang eSell dibawah ni. 


Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore


*Produk-produk Shaklee TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT, MENDIAGNOSIS ATAU MNCEGAH SEBARANG PENYAKIT.
Sekiranya anda mempunyai penyakit berbahaya SILA BERJUMPA DOKTOR TERLEBIH DAHULU.