10 Tips Perjalanan Jauh Untuk Bayi dan Kanak-kanak Yang Ibu Ayah Kena Tahu! - ~Its All About Nature n Passion~

Tuesday, 18 September 2018

10 Tips Perjalanan Jauh Untuk Bayi dan Kanak-kanak Yang Ibu Ayah Kena Tahu!


10 panduan perjalanan jauh untuk bayi dan kanak-kanak

Mama, badan Kakak panas la..nak demam..

Hah, pernah tak kawan-kawan hadapi situasi macam ni. Nak pulak time balik Kampung, anak mengadu tak sihat. Pastu ada pulak anak kita yang muntah, dah kena berhenti tepi jalan. Kita yang jadi mak ayah ni tentu risaukan keadaan anak-anak.

Kali ni terasa nak kongsikan satu artikel berkaitan tips panduan perjalanan jauh untuk bayi dan kanak-kanak. Saya baru je baca dari majalah iSihat keluaran Jun 2018.

Tips Panduan Perjalanan Jauh Untuk Bayi dan Kanak-kanak:


  • Pastikan bayi anda dalam keadaan sihat. Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum memulakan perjalanan.
  • Kerap singgah di R&R untuk berehat. Bayi perlukan udara segar dan ruang untuk menggerakkan tangan dan kaki.
  • Pastikan penggunaan car seat didalam kenderaan anda. Dapatkan car seat yang selesa dan sesuai untuk umur bayi anda.
  • Kerapkan memberikan cecair sama ada air susu ibu, susu formula atau air kosong. Bayi lebih mudah terdedah kepada dehidrasi.

  • Pasang pelindung cahaya matahari (sun shade) di tingkap kenderaan anda bagi mengelakkan bayi terkena panas mentari.
  • Bawa bersama beberapa alat permainan untuk menghiburkan bayi anda. Bawa alat permainan yang boleh berbunyi, bergetar, bersinar dan sebagainya.
  • Tukar lampin dengan kerap. Jangan biarkan bayi anda dibiarkan lama dengan lampin yang basah, ia boleh menyebabkan ruam dan jangkitan.
  • Pastikan kebersihan makanan yang diberikan. Elakkan membeli makanan dari gerai yang diragui kebersihannya. Jika makanan disediakan sendiri, pastikan ianya tidak rosak/basi sebelum diberikan kepada bayi anda.
  • Ketahui dan kenal pasti lokasi klinik/hospital di tempat destinasi anda yang beroperasi pada musim perayaan.
  • Dapatkan ubatan asas seperti ubat demam, ubat batuk dan sebagainya sebagai persediaan sekiranya anak anda ditimpa sakit. Jumpa doktor untuk mengetahui apa ubatan yang dicadangkan.

Moga segala panduan atau tips perjalanan jauh untuk bayi dan kanak-kanak ni dapat memberi manfaat dan persediaan kepada kita selaku ibubapa jika ingin memulakan perjalanan jauh.

Tips tambahan dari Saya, sentiasa sedia vitamin Aid kids untuk anak-anak macam Set Kanak-kanak Shaklee ni.

Supplemen untuk kanak-kanak


Hubungi : 010-9749611
COD : Lekir, Sitiawan, Manjung, Lumut
POS : Seluruh Malaysia menggunakan POSLAJU MALAYSIA | Brunei | Indonesia | Singapore


*Produk-produk Shaklee TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT, MENDIAGNOSIS ATAU MNCEGAH SEBARANG PENYAKIT.
Sekiranya anda mempunyai penyakit berbahaya SILA BERJUMPA DOKTOR TERLEBIH DAHULU.


No comments:

Post a Comment