Resepi Daging Dendeng Mudah dan Sedap - ~Its All About Nature n Passion~

Sunday, 9 September 2018

Resepi Daging Dendeng Mudah dan Sedap

Resepi Daging Dendeng


Hai korang, cuti Agong pergi mana? Kami anak beranak dok kat rumah jer. Saje la kali ni nak share resepi daging dendeng cara Saya masak mudah dan sedap, InshaAllah. 

Kebetulan daging korban dapat banyak jugak. Saya ni bukanlah makan daging sangat. Tapi saja la nak test skill masak daging pulak. 😁

Okay kat bawah ni ada resepi, cara-cara dan bahan² yang diperlukan. Moga korang pun boleh cuba yer resepi simple dari Saya ni.

Bahan-bahan:

Daging >< 600gm
Bawang besar 
Bawang merah
Cili kering
Kicap manis
Kicap pekat
Gula
Garam
Serai

Cara-cara:

  • Potong daging nipis ikut selera korang. Ada orang dia rebus dulu daging yg siap dicuci tu then baru potong. Tapi Saya potong dulu, lepas tu baru perap dengan kicap manis dan kicap pekat. Sukatan kicap tu agak2 jer.
resepi daging dendeng

  • Agak² dalam setengah jam gitu, masukkan daging yang diperap tadi dalam kuali untuk direbus. Biar lama sikit supaya daging tak liat sangat. Air rebusan tadi jangan buang, simpan sebab nanti nak masuk balik dalam kuali. Daging yang telah ditos airnya tadi, korang kena tumbukkan pulak supaya takde la rasa liat daging tu. Senang sikit nak makankan.
cara masak daging dendeng

daging dendeng

  • Kisar bawang dan cili kering. Kemudian panaskan kuali letak minyak sikit then boleh start tumis bahan. Ikutkan resepi asal sekilo daging sekilo bawang merah tapi Saya punya ni sikit je dagingnya so guna pulak bawang besar yang sesang tu dalam 4biji jer. Cili kering dalam 15tangkai.
resepi daging dendeng

  • Semasa tumis bawang dan cili tadi, masukkan sekali 2 batang serai yang telah dititik. Saja letak serai sebab nak bagi rasa lain sikit takde lah rasa manis bawang sangatkan. 


  • Masukkan daging yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali then masukkan lebihan air rebusan tadi. Masukkan kicap untuk nampak hitam then perasakan dengan gula garam.
Masak daging dendeng

  • Dah masak bolehlah dimakan dengan nasi panas² atau kalau rajin rebus ketupat pulut cicah..ermm..Yummy..

Okay, sekian dulu resepi daging dendeng mudah dan sedap dari Saya. Selamat mencuba! Oppss kalau korang nak cari vitamin untuk masalah kolestrol tinggi, korang boleh contact Saya yer. 

daa..Selamat berhujung minggu.

Wana Mohd Tahir 
010-9749611

No comments:

Post a Comment